Sunday, January 24, 2010

KAEDAH SAFAR



OBJEKTIF

Di akhir program ini, diharapkan para pelajar dapat mengenal, menyebut dan membaca Al-Quran dengan betul serta tepat mengikut hukum-hukum tajwid.

Tujuan Kaedah Safar ini diadakan:

1. Dapat memperbaiki mutu pembacaan Al-Quran secara asas terutama ketika bersolat.
2. Dapat membudayakan bacaan Al-Quran di dalam keluarga dan masyarakat.

Perlu dimaklumkan: tajwid yang salah (dengan jelas) ketika membaca Al-Fatihah di dalam solat akan menyebabkan solat terbatal.
Ini kerana: makna akan berubah. Pahala yang di cari, bala yang dapat.

Syarat-syarat di atas wajib dipelihara ketika membaca al-Fatihah di dalam solat. Kegagalan menjaga syarat-syarat tersebut akan menyebabkan bacaan Fatihah tidak sah. Apabila bacaan Fatihah tidak sah, akan rosaklah solat kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada solat bagi seorang yang tidak membaca ummul-Quran (yakni surah al-Fatihah)” (Riwayat Imam Muslim dari ‘Ubadah bin as-Shamit r.a.).
Maksud tidak ada solat ialah; solat tidak sah.

Kelebihan: ibubapa dapat mengajar sendiri anak-anak membaca Al-Quran. Anak akan lebih hormat kepada ibubapa dan ikut kata.
Ingat: rumah yang selalu dibacakan Al-Quran di dalamnya ……………"Perbanyaklah membaca Al-Quran di rumahmu, sesungguhnya di dalam rumah yang ti ada orang membaca Al-Quran, akan sedikit sekali dijumpai kebaikan di rumah itu, dan akan banyak kejahatan, serta penghuninya selalu merasa sempit dan susah."


PENDEKATAN KAEDAH SAFAR

1. Menggunakan kaedah Resam Usmani (Al-Quran Al-Karrim)
Kelebihan kaedah ini: hanya dengan melihat tanda-tanda yang terdapat pada ayat , telah diketahui tajwid nya iaitu cara sebutan

2. Hanya melibatkan 5 surah yang kerap dibaca: Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falak, An- Nas dan Yassin

3. Ia hanya melibatkan hukum-hukum yang asas sahaja (untuk orang awam sahaja)
Oleh itu pembaca tidak mengetahui nama-nama hukumnya seperti Ihfa’, idhram dan cabang-cabangnya, dan lain-lain

4. Tidak dikaitkan dengan taranum (berlagu)

5. Setiap pelajar akan diuji tahap penguasaan Al-Quran sebelum diterima meneruskan pembelajaran.


PERLAKSANAAN

1. Pelajar diterima mengikut kategori umur iaitu
KATEGORI 1: 6 hingga 12 tahun
KATEGORI 2: 13 hingga 18 tahun
KATEGORI 3: 19 ke atas

2. Mereka akan dikumpulkan di dalam tahap yang sama
TAHAP 1: tidak kenal huruf
TAHAP 2: kenal huruf tetapi tak tahu tajwid
TAHAP 3: hanya utk mengingat kembali

3. Setiap tahap akan diberikan pendekatan yang berbeza
TAHAP 1: guna ICT Kaedah Safar
TAHAP 2: guna Buku Ulangkaji Kaedah Safar No. 1 dan 2
TAHAP 3: guna Buku Ulangkaji Kaedah Safar No. 2 sahaja

4. Pelajar perlu “melancar” bersama kumpulan dan bersendirian sebelum disemak oleh
pengajar. Pelajar yang tidak lancar akan diturunkan ke tahap lebih rendah.

5. Pelajar diwajibkan meneruskan pembacaan sehingga tamat Al-Quran (Khatam) dan sebolehnya setiap ayat mesti disemak oleh pengajar.

6. Terdapat beberapa tanda bacaan tidak dibincangkan. Ia akan ditunjuk semasa pelajar membaca Al-Quran.

Jadual berikut adalah berkaitan bilangan pelajar setiap tahap dan jangkamasa tamat

TAHAP / BILANGAN PELAJAR(dicadangkan) / JANGKAMASA TAMAT (sehari 6 jam)

---1----/-------- 10 hingga 15 orang -----------/---------------5 hari

---2----/---------- 2 hingga 5 ------------------/---------------3 hari

---3----/--------- 2 hingga 5 -------------------/---------------2 hari



KEISTIMEWAAN

1. Untuk Pengajaran KATEGORI 1, TAHAP 1: menggunakan bantuan ICT dan melibatkan sifat semula jadi kanak-kanak sihat
2. Pelajar aktif dan sentiasa berlumba-lumba untuk menyebut dahulu dengan kuat dan tepat
3. Menghilangkan rasa malu dan rendah diri untuk turut serta di dalam kelas
4. Mewujudkan rasa yakindiri dan tidak takut ditertawakan jika salah
5. Bimbingan dari rakan sebaya untuk membaiki sebutan para pelajar
6. Perulangan sebutan membantu pelancaran bacaan
8. Latihan ingat kembali sebelum sesi berikutnya adalah wajib disertai oleh semua pelajar.


Buku Ulangkaji KAEDAH SAFAR

BUKU 1

Ø SESI 1: mengenal huruf-huruf jawi
Ø SESI 2: menyambung huruf-huruf jawi
Ø SESI 3: asas bacaan untuk huruf satu baris
Ø SESI 4: bacaan untuk huruf satu baris

BUKU 2

Ø SESI 5: bacaan dengan huruf saksi (mad)
Ø SESI 6: bacaan dengan huruf tanda mati (sakinah)
Ø SESI 7: bacaan dengan huruf tanda sabdu
Ø SESI 8: kaedah berhenti (wakf)
Ø SESI 9: bacaan dengan huruf lantun (kolkolah)
Ø SESI 10: bacaan dengan huruf nun mati
Ø SESI 11: bacaan untuk huruf bertanda tanween
Ø SESI 12: melancar surah-surah pendek


PERINGATAN
SETIAP PELAJAR YANG TELAH MENAMATKAN KESEMUA SESI
WAJIB
MENERUSKAN MEMBACA AL-QURAN
BERSAMA GURU AL-QURAN
YANG MAHIR MENGGUNAKAN RESAM USMANI
.
.
.
TESTIMONI

TESTIMONI 1

Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membuat komen berkaitan Kaedah Safar ini.
Program belajar mengaji Al-Quran menggunakan Kaedah Safar ini amat sesuai kepada semua golongan daripada kanak-kanak kepada orang dewasa. Juga daripada yang tidak mengetahui langsung kepada yang ingin mengulangkaji semula. Ia hanya memerlukan jangkamasa yang singkat dengan bantuan ICT dan kelainan di dalam PNP. Satu kekuatan yang amat ketara adalah keseronokan pelajar menyebut dan mengulang-ulang tanpa takut dipersalahkan serta sentiasa di dalam pemantauan pembimbing. Ini satu elemen penting di dalam proses mengaji Al-Quran untuk alaf baru ini. Saya percaya kaedah ini dapat diterimapakai dalam masa yang singkat untuk melahirkan masyarakat membaca Al-Quran, insyaAllah.

(DR. MOHD. UZI BIN DOLLAH, Ph.D., USM )


TESTIMONI 2

Setelah mendengar penerangan mengenai Kaedah Safar, saya dapati kaedah ini sungguh menarik dan agak berlainan daripada kaedah-kaedah pembelajaran Al-Quran yang ditemui kini. Melalui kaedah ini, pelajar-pelajar akan dapat menguasai peringkat asas penguasaan Al-Quran dengan baik. Pelajar-pelajar akan berjaya mengenal huruf dengan cepat, dapat membunyikannya dengan betul di samping penekanan terhadap ahkam attajwid. Pendekatan yang digunakan amat menarik kerana ia menggunakan kaedah pembelajaran terkini seperti ICT dan dimuatkan juga dengan gambar-gambar yang menarik, pastinya para pelajar akan lebih seronok dan akan mengikuti modul ini hingga tamat.

(US. AZHARUDDIN B MOHD. ISA, YARMOUK UNI., JORDAN )
.
.
.
CONTOH (sebahagian daripada Buku 2, Bahagian 6)




BAYARAN

Kadar bayaran yang dikenakan terlalu sederhana iaitu kira-kira RM250.00 untuk 1 jam untuk semua tahap termasuk buku latihan Kaedah Safar.

Bayaran ini tidak bergantung kepada jumlah pelajar yang terlibat.



SEBARANG PERTANYAAN

Sila hubungi: Hj. Md. Safar bin Said
Tel: 013-6245666; Faks: 06-9856886
E-mail: Kaedahsafar10@gmail.com
1
1
1
1